MEMORI KERJA DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK: MERUNGKAI CABARAN DAN MERINTIS SOLUSI BAGI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN
DOI:
https://doi.org/10.5281/zenodo.14064751Keywords:
memori kerja, konsep nombor, masalah pembelajaran, pembelajaran matematik, strategi pengajaranAbstract
Memori kerja memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan memproses maklumat dalam jangka pendek, yang berkait rapat dengan pembelajaran matematik. Bagi murid bermasalah pembelajaran, cabaran dalam memahami konsep nombor sering kali menjadi penghalang kepada pencapaian akademik yang optimum. Kajian ini meneliti peranan memori kerja dalam pembangunan kemahiran konsep nombor bagi murid bermasalah pembelajaran. Dalam analisis ini, kami menyelidiki hubungan antara memori kerja dan pembelajaran matematik dalam konteks pendidikan khas. Kajian perpustakaan ini menyoroti beberapa cabaran yang dihadapi oleh murid bermasalah pembelajaran dalam konsep nombor, termasuk kesukaran dalam mengekalkan maklumat dan kesulitan dalam memahami kemahiran matematik. Seterusnya, pelbagai cadangan telah diusulkan untuk membantu mengatasi cabaran-cabaran ini dan meningkatkan pembelajaran murid bermasalah pembelajaran dalam matematik. Cadangan-cadangan yang diusulkan termasuk pendekatan pengajaran yang melibatkan penggunaan teknik visual, pengulangan, dan pengajaran berpusatkan murid untuk membantu meningkatkan memori kerja dan pembelajaran matematik. Cadangan-cadangan yang diberikan diharapkan dapat menjadi panduan bagi pendidik dan pengamal pendidikan khas dalam merancang program pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid tersebut dalam matematik.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.