PENERIMAAN GURU ARUS PERDANA TERHADAP PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH RENDAH
DOI:
https://doi.org/10.5281/zenodo.14166635Keywords:
Program Pendidikan Inklusif, penerimaan, efikasi kendiri, sikap, guru arus perdanaAbstract
Di Malaysia pendidikan inklusif dikenali sebagai Program Pendidikan Inklusif (PPI) iaitu program pendidikan kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang ditempatkan di dalam arus perdana dan belajar bersama murid-murid arus perdana di dalam bilik darjah yang sama serta diajar oleh guru arus perdana menggunakan Kurikulum Kebangsaan atau kurikulum yang diubah suai. Justeru, komponen penting dalam kejayaan PPI terletak pada efikasi kendiri dan sikap pendidik, terutamanya guru arus perdana yang memainkan peranan penting dalam menerima dan mewujudkan persekitaran pembelajaran inklusif dan menyokong. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penerimaan guru arus perdana terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah rendah. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 210 orang sampel guru arus perdana di negeri Pulau Pinang. Soal selidik diadaptasi daripada soal selidik Teacher Efficacy for Inclusive Practice (TEIP) oleh Sharma et al. (2015) dan instrumen soal selidik Sikap Guru Perdana terhadap PPI (Pau & Hanafi, 2021). Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis korelasi melalui perisian SPSS. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan guru terhadap PPI adalah tinggi terutamanya aspek sikap manakala aspek efikasi kendiri berada di tahap sederhana. Ujian korelasi juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara efikasi kendiri dan sikap terhadap penerimaan guru dalam Program Pendidikan Inklusif di sekolah rendah. Penemuan ini diharap dapat menyumbang kepada polisi pendidikan inklusif agar dapat dilaksanakan dengan lebih efisien. Kesimpulannya, semua pihak haruslah memberi kerjasama dan sokongan penuh terhadap pendidikan inklusif agar MBPK mendapat hak pendidikan yang sepatutnya.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.