PENERIMAAN GURU ARUS PERDANA TERHADAP PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH RENDAH

Penulis

  • Nur Hidayah Mat @ Ahmad
  • Rozniza Zaharudin
  • Nur Suhaila Ahmad

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14166635

Kata Kunci:

Program Pendidikan Inklusif, penerimaan, efikasi kendiri, sikap, guru arus perdana

Abstrak

Di Malaysia pendidikan inklusif dikenali sebagai Program Pendidikan Inklusif (PPI) iaitu program pendidikan kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang ditempatkan di dalam arus perdana dan belajar bersama murid-murid arus perdana di dalam bilik darjah yang sama serta diajar oleh guru arus perdana menggunakan Kurikulum Kebangsaan atau kurikulum yang diubah suai. Justeru, komponen penting dalam kejayaan PPI terletak pada efikasi kendiri dan sikap pendidik, terutamanya guru arus perdana yang memainkan peranan penting dalam menerima dan mewujudkan persekitaran pembelajaran inklusif dan menyokong. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penerimaan guru arus perdana terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah rendah. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 210 orang sampel guru arus perdana di negeri Pulau Pinang. Soal selidik diadaptasi daripada soal selidik Teacher Efficacy for Inclusive Practice (TEIP) oleh Sharma et al. (2015) dan instrumen soal selidik Sikap Guru Perdana terhadap PPI (Pau & Hanafi, 2021). Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis korelasi melalui perisian SPSS. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan guru terhadap PPI adalah tinggi terutamanya aspek sikap manakala aspek efikasi kendiri berada di tahap sederhana. Ujian korelasi juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara efikasi kendiri dan sikap terhadap penerimaan guru dalam Program Pendidikan Inklusif di sekolah rendah. Penemuan ini diharap dapat menyumbang kepada polisi pendidikan inklusif agar dapat dilaksanakan dengan lebih efisien. Kesimpulannya, semua pihak haruslah memberi kerjasama dan sokongan penuh terhadap pendidikan inklusif agar MBPK mendapat hak pendidikan yang sepatutnya.

Biografi Penulis

Nur Hidayah Mat @ Ahmad

School of Educational Studies, University Science Malaysia, Penang

Rozniza Zaharudin

School of Educational Studies, University Science Malaysia, Penang

Nur Suhaila Ahmad

School of Educational Studies, University Science Malaysia, Penang

##submission.downloads##

Diterbitkan

2024-11-15

Cara Mengutip

Nur Hidayah Mat @ Ahmad, Rozniza Zaharudin, & Nur Suhaila Ahmad. (2024). PENERIMAAN GURU ARUS PERDANA TERHADAP PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH RENDAH. Journal of Contemporary Social Science and Education Studies (JOCSSES) E-ISSN- 2785-8774, 4(3 (Special Issue), 243–254. https://doi.org/10.5281/zenodo.14166635

Artikel paling banyak dibaca berdasarkan penulis yang sama