GAYA ASUHAN IBU BAPA, KECERDASAN EMOSI DAN HUBUNGANNYA DENGAN TINGKAH LAKU REMAJA DELINKUEN

المؤلفون

  • Farah Nabilah Mokhtar
  • Jasmi Abu Talib
  • Nurul Atiqah Ab Raji
  • Siti Balqis Md Nor

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14043653

الكلمات المفتاحية:

Gaya asuhan ibu bapa, Kecerdasan emosi, Tingkah laku delinkuen

الملخص

Tingkah laku delinkuen remaja sering dikaitkan dengan banyak faktor sama ada faktor dalam diri sendiri atau faktor luaran seperti pengaruh rakan sebaya, gaya asuhan ibu bapa, pengaruh persekitaran dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dan kecerdasan emosi terhadap tingkah laku remaja delinkuen. Kajian ini telah dilaksanakan di 21 buah sekolah di Daerah Kuala Terengganu. Sampel kajian adalah seramai 338 orang pelajar tingkatan satu, dua dan empat yang mempunyai masalah disiplin. Sampel telah dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Tiga set soal selidik versi terjemahan telah digunakan dalam kajian ini iaitu Soal Selidik Gaya Asuhan Ibu Bapa, Soal Selidik Kecerdasan Emosi dan Soal Selidik Kekerapan Tingkah Laku Delinkuen. Data yang diperoleh dianalisis secara diskriptif dan inferensi. Analisis diskriptif seperti min, peratus dan sisihan piawai digunakan untuk mengukur tahap pembolehubah. Manakala analisis inferensi yang digunakan dalam kajian ini ialah korelasi. Korelasi digunakan untuk mengukur hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dan kecerdasan emosi terhadap tingkah laku delinkuen Hasil kajian mendapati  terdapat hubungan yang signifikan antara gaya asuhan terhadap tingkah laku delinkuen. Kecerdasan emosi juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan terhadap tingkah laku delinkuen.. Implikasi daripada kajian ini,  gaya asuhan ibu bapa dan kecerdasan emosi remaja perlu dipertingkatkan kerana hasil kajian ini telah membuktikan kedua-dua pemboleh ubah ini memberi kesan kepada tingkah laku delinkuen remaja. Bagaimanapun kajian lanjut perlu dijalankan bagi mengesahkan lagi dapatan kajian ini. Beberapa cadangan kajian turut dicadangkan berdasarkan dapatan kajian ini

السير الشخصية للمؤلفين

Farah Nabilah Mokhtar

Faculty of Business,Economic and Social Development

Jasmi Abu Talib

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial

Nurul Atiqah Ab Raji

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial

 

Siti Balqis Md Nor

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial

التنزيلات

منشور

2024-11-15

كيفية الاقتباس

Farah Nabilah Mokhtar, Jasmi Abu Talib, Nurul Atiqah Ab Raji, & Siti Balqis Md Nor. (2024). GAYA ASUHAN IBU BAPA, KECERDASAN EMOSI DAN HUBUNGANNYA DENGAN TINGKAH LAKU REMAJA DELINKUEN. Journal of Contemporary Social Science and Education Studies (JOCSSES) E-ISSN- 2785-8774, 4(3 (Special Issue), 107–112. https://doi.org/10.5281/zenodo.14043653